Turki biayai bina rumah pangsa fakir miskin di Gaza

HARAKAHDAILY | .

Presiden Erdogan dan Khaled Mashal.

Menteri Tenaga Kerja Palestin Mufid Hasniah menandatangani perjanjian dengan Ketua Badan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) Muhammad Kaya pada Khamis untuk membina rumah pangsa kediaman untuk fakir miskin di Gaza.

Acara perasmian menandatangani yang dihadiri oleh Pusat Maklumat Palestin ini dilakukan di pejabat kementerian tenaga kerja di Gaza.

Menteri Hasaniah menyampaikan apresiasi atas bantuan Turki baik kepada pemerintah dan rakyatnya yang sentiasa menyokong Palestin.

Hasaniah menegaskan, perkampungan kediaman ini akan dibina di kawasan Juhr Dek, selatan Jalur Gaza dan akan bermula segera.

Rumah pangsa ini akan terdiri daripada 132 unit kediaman dalam bangunan 6 tingkat untuk kumpulan sangat miskin di Jalur Gaza.

Untuk piawaian kumpulan fakir miskin ini sudah disepakati antara kementerian dan IHH di antara yang terpenting adalah keluarga tersebut tidak mempunyai pendapatan.

Menteri Hasaniah mengisyaratkan, projek ini tidak cukup untuk kumpulan fakir miskin dan pihaknya berjanji akan terus bekerja untuk membantu mereka.

Beliau menjelaskan, kos projek Turki ini seluruhnya mencapai 4 juta dolar termasuk infrastruktur.

Sementara pihak IHH menegaskan akan terus menyokong rakyat Palestin hingga merdeka.

Mereka mengakui jumlah kediaman ini sedikit dan berjanji akan serius bekerja memberikan bantuan kepada kaum fakir miskin di Jalur Gaza. (Eramuslim)

Share on Myspace