Saya geram terhadap keganasan Israel - Shamaleh

HARAKAHDAILY | .

KELOMPOK Peduli Palestin di Jerman (PAG) mengadakan aksi solidariti untuk wartawan al-Qeiq dan anak-anak Palestin. Mereka mengecam kesalahan jenayah yang dilakukan oleh penjajah Israel.

Kegiatan itu diadakan pada hari Sabtu (6 Feb) di bandar barat Jerman, Bochum dan Stuttgart.

Abu Shamaleh, ketua PAG, mendesak PBB dan UNICEF, serta lembaga-lembaga lain, ikut serta mengatasi pencerobohan Israel itu.

"Saya geram terhadap keganasan Israel, pelanggaran undang-undang dan pembunuhan yang dilakukan penjajah itu. Terlebih sekatan yang terjadi di wilayah Gaza membuat warga Gaza menderita kemiskinan, pengangguran, kelaparan, dan krisis kesihatan," ujar Shamaleh.

Fadil al-Tayesh, wakil ketua PAG, berkata, salah satu tujuan aktiviti itu, menggali sokongan untuk wartawan al-Qeiq, yang melakukan aksi mogok makan selama 75 hari.

"Israel perlu bertanggungjawab atas kehidupan al-Qeiq," tambah Tayesh.

Beliau juga mendesak Canselor Jerman, Angela Merkel, dan kerajaan Eropah lain untuk menghentikan penahanan terhadap wartawan lelaki muda Palestin itu.

Seperti dikutip Palestinian Information Center (PIC), sebuah surat dihantar oleh PAG, lembaga-lembaga pro-Palestin di Berlin, bersama ahli parlimen Luar Negri Jerman, kepada Merkel.

Mereka membicarakan, 700 tahanan pentadbiran Palestin yang ditahan oleh Israel, tanpa alasan yang jelas.

Mereka menyatakan 480 kanak-kanak Palestin dibunuh oleh tentera Israel di mana 2,205 warga terkorban semasa pencerobohan Israel pada tahun 2014.

Para aktivis juga menyuarakan penentangan terhadap penculikan terhadap anak-anak Palestin. [Islampos]

Share on Myspace