Pasukan rejim Syria mara dekat sempadan Turki

HARAKAHDAILY | .

Pasukan rejim Syria telah bergerak maju dekat sempadan Turki, semalam.

Pasukan rejim terus menekan Rusia untuk menyerang Aleppo, berharap dapat menguasai bandar Tal Rifaat di bahagian utara Aleppo.

Bandar Tal Rifaat berada kira-kira 20 kilometer dari sempadan Turki.

Ini adalah salah satu benteng pembangkang terakhir di Aleppo, menurut Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria yang berpusat di Britain.

Ketua Balai Cerap Rami Abdel Rahman berkata, pasukan rejim ingin terus memperluaskan kuasa hingga ke sempadan dengan Turki untuk menghalang pembangkang dan senjata memasuki wilayah Syria.

Akhbar prorejim Syria Al-Watan melaporkan bahawa Tal Rifaat akan menjadi hadiah besar bagi rejim.

"Jika jatuh, tentera akan dapat maju dan menguasai semua bahagian utara wilayah Aleppo," kata akhbar itu.

Pasukan rejim yang disokong oleh serangan udara Rusia sengit menyerang para pejuang di Aleppo, demikian lapor World Bulletin. [Islampos]

Share on Myspace