2 lagi bank Rusia ditutup kerana bankrap

HARAKAHDAILY | .

BANK Pusat Rusia menyatakan hari ini bahawa pihaknya kembali telah membatalkan lesen untuk dua bank di negeri tersebut.

Hal ini dilakukan sebagai usaha kerajaan dalam menyelamatkan ekonomi secara keseluruhan, demikian dilapor World Bulletin.

Dua bank itu yang dimaksudkan adalah Intercommerz dan Alta-Bank.

"Kedua-dua bank ini terlibat dalam transaksi yang meragukan," ujar kenyataan Bank Pusat.

Bank-bank tersebut dinilai telah gagal memenuhi kewajibannya kepada pemiutang.

Sepanjang musim luruh, nilai mata wang Ruble terus memburuk dan menyebabkan kebankrapan di pelbagai sektor terutama perbankan.

Sebelumnya, Rusia juga sudah menutup Vneshprombank kerana bank ini muflis. Padahal bank ini mempunyai pelanggan yang merupakan anggota elit politik negara.

Bank pusat sendiri mengatakan menarik lesen Vneshprombank kerana kesulitan kewangan dan penglibatan dalam pengubahan wang haram. [Islampos]

Share on Myspace