Ahli PAS perlu berhemat dan berhati-hati

HARAKAHDAILY | .

Merujuk kepada kes yang melibatkan Saudara YB Khairuddin Othman yang memakai pakaian keagamaan berbentuk dewa yang disembah oleh masyarakat beragama Buddha dan kemudiannya mencetus pertikaian di kalangan awam ummat Islam adalah merupakan satu insiden yang mendukacitakan.

Namun Dewan Ulamak PAS pusat merasakan ianya berlaku bukanlah dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam. Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain.

Oleh itu, Dewan Ulamak PAS mengharapkan kepada semua ahli PAS lebih berhemah dalam apa jua tingkah laku yang membabitkan keagamaan agar ianya tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama yang wujud dalam negara kita tercinta ini.

Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan oleh Allah SWT.

DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 9/2/2016

Share on Myspace