Turki benteng terakhir bagi bangsa tertindas - Davutoglu

HARAKAHDAILY | .

PERDANA Menteri Ahmet Davutoglu mendakwa bahawa Turki sebagai "benteng terakhir bagi bangsa yang tertindas" kerana menampung berjuta-juta orang yang menjadi pelarian akibat peperangan di Syria.

Bercakap pada mesyuarat mingguan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Davutoglu mengatakan Turki telah menjadi tempat berlindung bagi Turkmen, Arab dan Kurdi yang mengalami penindasan di Syria.

"Kami menerima 197,000 saudara Kurdi kami yang masuk ke Turki selama tiga hari terakhir. Sekarang, warga Arab asal Aleppo dan Idlib telah berjalan menuju selatan Hatay," tambah perdana menteri itu seperti dipetik Anadolu Agency.

Davutoglu turut menyentuh serangan udara Rusia di Aleppo dan sekitarnya dan mengatakan berjuta-juta orang lain sedang berada di tepi sebuah tragedi kemanusiaan yang sangat besar akibat serangan tersebut. [Islampos]

Share on Myspace