Banyak pihak kecam karpet merah untuk kereta Al-Sisi

HARAKAHDAILY | .

Penggunaan permaidani merah untuk kenderaan Presiden Abdul Fattah al-Sisi mencetuskan kecaman di Mesir.

Kenderaan yang membawa Al-Sisi dan sejumlah pegawai dipandu laju di atas permaidani merah pada Sabtu (6 Feb) semasa melawat beberapa projek di ibu kota Kaherah.

Beberapa pengulas mempersoalkan kemewahan tersebut kerana presiden menyampaikan pidato tentang perlunya memotong subsidi kerajaan.

Pihak tentera berkata karpet tersebut digunakan untuk rakyat Mesir agar merasakan kebahagiaan.

Kecaman terhadap Al-Sisi selaku mantan panglima tentera yang mengetuai penggulingan Presiden Mohammed Morsi pada tahun 2013 jarang dilaporkan media umum Mesir.

Tetapi sejumlah tokoh media dan bergiat mengejek kenyataan mengenai foto kenderaan presiden di atas jalan yang ditutup permaidani merah, yang disiarkan tidak lama sebelum Al-Sisi menyampaikan pidato.

Melalui pidatonya, dia malah memberi amaran bahawa negara tidak boleh meneruskan subsidi air dan elektrik bagi keluarga berpendapatan rendah. (Eramuslim)

Share on Myspace