Amerika sedia tambah dana bagi peluru berpandu Israel

HARAKAHDAILY | .

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dilaporkan telah meminta dana USD145.8 juta kepada kerajaan. Tujuannya untuk membiayai sistem peluru berpandu Israel dan program ketenteraan lain pada tahun fiskal 2017, lapor PressTV hari ini.

Dokumen Pentagon yang dikeluarkan semalam menunjukkan bahawa AS akan terus menyokong sistem Iron Dome Israel, pemintas peluru berpandu jarak pendek, dan membantu dana untuk pembangunan David Sling, yang direka untuk mengalahkan peluru berpandu jarak sederhana, serta anak panah sistem peluru berpandu balistik.

Permintaan untuk pembiayaan ini baru dianggarkan Jabatan Pertahanan sebanyak USD583 juta  untuk bajet tahun 2017. Keterangan ini yang disampaikan oleh ketua Pentagon, Ashton Carter.

Selain dana kira-kira USD42 juta untuk Iron Dome, pertahanan badan peluru berpandu AS juga meminta tambahan anggaran bernilai USD103.8 juta untuk program kerjasama dengan Israel. Permintaan ini turun dari USD267.6 juta pada tahun fiskal 2016.

Laksamana James Syring, pengarah badan pertahanan rudal, berkata pihaknya sedang bekerja dengan Israel di bawah perjanjian pengeluaran yang telah ditandatangani untuk pembuatan sistem Iron Dome. [Islampos]

Share on Myspace