PAS anjur dialog rakyat perjelas isu semasa

BASIRON WAHAB | .

KUANTAN: PAS mengambil pendekatan menerang dan memperjelaskan segala isu kepada semua sasaran dakwah termasuk kepada yang bukan atau belum  Islam.
 
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu, sehubungan itu PAS Pahang dengan kerjasama PAS Pusat menganjurkan satu program Dialog Rakyat bagi memberi ruang seluas-luasnya kepada orang ramai memahami pendekatan dan halatuju perjuangan PAS.
 
Katanya, PAS percaya melalui dialog secara terus dengan pemimpin tertinggi parti, orang ramai akan dapat merungkaikan segala persoalan, masalah, kemusykilan dan keraguan tentang perjuangan PAS.
 
“Mereka yang hadir boleh mengemukakan persoalan berbangkit dan akan dijawab oleh pemimpin secara langsung,” katanya.
.
Menurut Andansura, usaha ini diharapkan dapat memupuk hubungan mesra PAS dengan masyarakat dan pada masa sama segala keraguan tentang Islam yang perjuangan PAS  akan terjawab.
 
Selain  ahli, peluang untuk berdialog ini dibuka kepada orang ramai termasuk bukan Islam.
 
Andansura menyarankan supaya ahli parti pro-aktif mengajak rakan-rakan bukan muslim serta rakan-rakan dari parti lain hadir ke program yang akan diadakan pada 20 Febuari 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuantan.
 
Katanya program anjuran Sekteriat Adun Beserah itu akan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
 
Menurutnya program itu akan dihadiri oleh Tuan Guru Presiden dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Man, setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS. Serta pengarah pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustapha Ali. – HARAKAHDAILY 11/2/2016

Share on Myspace