Aduan tatatertib terhadap Husam Musa

HARAKAHDAILY | .

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil maklum tentang Aduan-aduan Tatatertib Terhadap YB. Dato' Haji Husam Musa (Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian / Adun Salor) yang diterima oleh Pejabat Agung PAS daripada beberapa pihak (yang dibenarkan oleh Perlembagaan PAS).

Mesyuarat berpandangan aduan-aduan tersebut mempunyai merit dan asas serta bertaraf kes tatatertib yang boleh dipertimbangkan tindakan tatatertib sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan PAS.

Setelah mengkaji dari semua aspek, termasuk akur kepada prinsip-prinsip asasi undang-undang iaitu "Rules against Bias" dan "Conflict of Interest", Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan Aduan-aduan Tatatertib ini wajar diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Parti untuk diputuskan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan serta Perlembagaan PAS;

Dengan ini mesyuarat memutuskan prosiding berkaitan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tatertib Parti yang dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Haji Daeng Sanusi bin Daeng Mariok.

Mesyuarat juga memohon kerjasama dari Jawatankuasa Tatatertib supaya kes ini dipertimbangkan dan diputuskan dalam kadar yang segera bagi mengelakkan sesuatu kesan yang tidak baik, tohmahan yang berterusan serta merugikan kepentingan Parti.

Terima kasih.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Bertarikh: 13 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 13/2/2016

Share on Myspace