Terharu sikap istiqamah kepimpinan PAS Melaka

HARAKAHDAILY | .

 

MELAKA: Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob memuji ketabahan pemimpin PAS Melaka yang teguh menghadapi ujian walaupun ada dalam kalangan mereka telah meninggalkan parti.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam PAS Melaka di D'Village, Ayer Keroh, malam tadi.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa terharu dan bangga dengan sikap istiqamah kepimpinan PAS negeri yang berjaya mengharungi cabaran tersebut.

Dalam majlis tersebut, beliau turut melancarkan Dana Fastaqim PAS Melaka selain diberi penghormatan melancarkan Skim Kifalah Ahli PAS (Skimpas) yang dipengerusikan oleh Dr Rosni Adam selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat.

Sementara itu, pengarah program, Asri Shaik Abdul Aziz berkata, majlis itu diadakan bagi mengumpul dana pilihan raya dan pengurusan parti.

"Kehadiran tetamu seramai 600 orang memeriahkan majlis," ujarnya yang juga Setiausaha PAS negeri. - HARAKAHDAILY 14/2/2016

Share on Myspace