Ahli Majlis: Bukti DHPP ada peranan penting dalam PAS

HARAKAHDAILY | .

PELANTIKAN AHLI DHPP SEBAGAI AHLI MAJLIS BUKTI DHPP ADA PERANAN PENTING DI DALAM PAS

PAS mengiktiraf kemampuan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila 6 orang ahli mereka telah disenaraikan untuk menjadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Oleh itu, 6 dari 67 orang Ahli Majlis PBT PAS di negeri ini adalah terdiri dari ahli-ahli DHPP.

Ini membuktikan bahawa ahli-ahli DHPP telah diberikan peranan yang penting oleh PAS.

Mereka bukan sahaja diberi peluang memainkan peranan dalam kalangan masyarakat bukan Islam tetapi juga dalam kalangan masyarakat Islam.

Ini bermakna dakwaan bahawa DHPP mempunyai peranan yang terhad di dalam PAS adalah tidak benar sama sekali.

Ahli-Ahli Majlis yang dilantik dari DHPP itu adalah:

1. Datuk Deepakaran A/L Karuppiah - Ahli Majlis Perbandaran Klang

2. Encik Anandan A/P Damodaran - Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor

3. Puan Rajeswary A/P Palakrishnan - Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor

4. Encik Kong Tuck Wah - Ahli Majlis Perbandaran Sepang

5. Encik Rajan A/L Manekesan - Ahli Majlis Daerah Kuala Langat

6. Ng Kok Chuan - Ahli Majlis Perbandaran Selayang

Mereka telah mengangkat sumpah di PBT masing-masing pada awal bulan ini.

Selain dari itu mereka telah juga melafazkan ikrar taat setia kepada PAS di dalam satu majlis khas di Shah Alam pada 13 Februari lepas. Ahli-Ahli Majlis PAS yang lain turut melafazkan ikrar tersebut di majlis tersebut.

YB Datuk Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
15 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 15/2/2016

Share on Myspace