Presiden PAS cerita datuknya selamatkan Cina hanyut

HARAKAHDAILY | .

Jam 6.15 petang dialog santai di pekarangan Tokong Cina di Taman Kota Jaya Simpang, Taiping.

Isi penting. Islam agama keadilan. Melarang menindas orang lain.

Walaupun berbeza agama dan bangsa, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menceritakan datuknya pernah menjadi penghulu di Marang menyelamatkan Cina yang hanyut di pantai. Melindung orang Cina dan beri layanan. Islam larang hina berhala agama lain.

Tuan Guru menyebut TPPA hendak menjadikan USA hendak menindas negara kecil.

USA hendak melawan ekonomi China.

Fitnah terhadap Tuan Guru mengenai dapat habuan RM2.6 bilion terjawab. Terjawab juga bahawa PAS tidak akan masuk BN. Kita harapkan dialog dapat diadakan dalam kelompok kecil.

Islam tegak dengan hujah. Biarlah orang benci dengan PAS tabur macam-macam fitnah. Sedikit tidak rugi. Kita jawab dengan amalan. - HARAKAHDAILY 15/2/2016

Tulisan di atas dipetik daripada facebook Ustaz Idris Ahmad.

Share on Myspace