Islam: Sami dapat gambaran jelas dari TG Abdul Hadi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Inilah pertama kali saya mendapat gambaran yang jelas mengenai Islam daripada Tuan Guru Abdul Hadi Awang," kata seorang pembesar sami Hindu.

Demikian dimaklumkan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam tulisannya menerusi laman facebook, sebagaimana di bawah.

Selepas dialog santai bersama Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pekarangan tokong Taman Kota Jaya Simpang, Taiping.

Saya ditemui oleh seorang salah seorang pembesar sami Hindu Gopala Krishnan daripada Teluk Intan yang turut sama dalam dialog tersebut.

Beliau memberitahu, inilah pertama kali saya mendapat gambaran yang jelas mengenai Islam daripada Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Terkedu saya.

Ya Allah banyak lagi tugas aku untuk agamaMu. - HARAKAHDAILY 15/2/2016

Share on Myspace