Sambutan Tahun Baru Cina PAS Pusat 21 Feb

HARAKAHDAILY | .

Tanggal 21 Februari 2016 yang akan datang bakal mencatatkan satu lagi sejarah apabila Sambutan Tahun Baru Cina PAS Pusat akan diadakan di Pekan Parit Bakar, Muar yang mana Pusat Khidmat Dun Maharani akan menjadi tuan rumah.

Sambutan Tahun Baru Cina (STBC) ini dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, PAS Kawasan Muar, Pusat Khidmat Dun Maharani dan pelbagai agensi dalam PAS di Johor. Ini termasuklah Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS, Jabatan Amal dan PAS kawasan-kawasan di Johor.

Persiapan untuk STBC ini telah dimulakan sejak sebulan yang lalu dan tumpuan sedang diberikan oleh semua jawatankuasa pelaksana yang terlibat.

Majlis ini akan dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat/Persuruhjaya PAS Johor), Encik N Bala Subramaniam (Ketua DHPP Pusat) dan ramai lagi.

Selain daripada persembahan tarian singa, acara persembahan nyanyian lagu dalam bahasa Mandarin di samping persembahan istimewa daripada Ustaz Mat China (UMC).

Sumbangan daripada pelbagai pihak adalah sangat-sangat diharapkan untuk menjayakan program ini.

Salurkan kepada akaun-akaun berikut:-
Nama: PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR
No akaun:  01060003048713 (Bank Muamalat)
No akaun: 01041010060024 (BIMB)
No akaun: 551593512316(Maybank)
No akaun: 8006967429 (CIMB)

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Pengerusi Sambutan Tahun Baru Cina PAS Pusat 2016
Tarikh: 15 Februari 2016
Tel/WA: 0132565530

Share on Myspace