Sekatan: Hamas gesa Mesir tidak bertindak seperti Israel

HARAKAHDAILY | .

MOUSA Abu Marzouk, seorang anggota biro politik Hamas mengatakan Israel adalah satu-satunya pihak yang mendapat faedah daripada kegiatan sekatan di wilayah Sinai dan Gaza.

Seperti dipetik Palestinian Information Center (PIC) semalam, Abu Marzouk menyeru Mesir untuk tidak mengambil tindakan yang sama seperti penjajah Israel.

"Warga Gaza mengalami penderitaan akibat penutupan sempadan antara wilayah Gaza dan Rafah oleh kerajaan Mesir. Penutupan ini mereka lakukan, sehubungan dengan keadaan keselamatan di wilayah Sinai, Mesir," jelasnya.

Selain itu, ia menunjukkan wilayah di sempadan Rafah seperti Sheikh Zuweid, Arish dan Bir al-Abed mempunyai tahap keselamatan yang kurang sehingga warga Palestin tidak dapat mendiami wilayah tersebut. [Islampos]

Share on Myspace