Ahli majlis: Bukti PAS iktiraf pemimpin wanita di Selangor

HARAKAHDAILY | .

Perlantikan ahli majlis bagi mengisi pentadbiran di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor sesi 2016-2017 telah pun selesai.

Sebahagian besar ahli majlis seluruh PBT telah mengangkat sumpah dan mula menjalankan tugas di PBT yang diamanahkan.

PAS secara khususnya telah menamakan seramai 67 ahli majlis PAS di mana 15 daripadanya terdiri daripada muslimat dan wanita DHPP.

Ahli majlis wanita yang dilantik adalah seperti berikut:

1. Noraini Hussin - MBSA
2. Siti Rohaya Ahad - MBSA
3. Wan Hasrina Wan Hassan - MPAJ
4. Sharifah Haslizah Syed Ariffin - MPAJ
5. Norzaihan Ismail - MPSJ
6. Azimah Bt Muda - MPK
7. Norazlin Md Samsudin - MPS
8. Rohaya Mohd Shahir - MPSP
9. Norzanalila Mohd Fadzil - MPKj
10. Hamsatulazura Hamzah - MPKj
11. Siti Hajar Min - MDSB
12. Norhidayah Parmin - MDKS
13. Rogayah Ibrahim - MDKL
14. Rozlinah Hashim - MDHS
15. Rajeshwari a/p Palakrishnan - MDHS

Peningkatan jumlah kaum wanita yang dilantik sebagai ahli majlis sejak tahun 2008 amat ketara dan ini jelas menunjukkan penghormatan dan keyakinan PAS terhadap komitmen kaum wanita dalam sama-sama menyumbang tenaga dan idea untuk mentadbir Negeri Selangor.

Ini membuktikan bahawa wanita turut diberi pengiktirafan oleh PAS dalam pentadbiran terutama di peringkat PBT.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli majlis wanita yang baru dilantik.

DMPNS juga mengucapkan terima kasih kepada PAS Selangor yang memberikan kepercayaan yang tinggi kepada mereka khususnya ahli majlis di kalangan muslimat dan wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Dengan perlantikan ini, DMPNS mengharapkan seluruh ahli majlis yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, adil dan berintegriti.

Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
15 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 16/2/2016

Share on Myspace