Jom tunai umrah bersama Dewan Muslimat PAS

HARAKAHDAILY | .

MEMETIK kelebihan bagi orang yang mengerjakan ibadah umrah dalam kitab Ihya' ‘Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud : "Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang".

Demi menyahut seruan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama NGO Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH) dan Elizzah Travel & Tours Sdn.Bhd mengambil inisiatif untuk menganjurkan Umrah Tarbawi bersama Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Beliau juga akan turut menjadi salah seorang mutawif bagi umrah ini.

Umrah Tarbawi 2016 bakal disajikan dengan pelbagai pengisian ruhani, penghayatan serta pengalaman yang penuh bermakna.

Pakej yang merangkumi penerbangan dan tempat tinggal yang selesa akan membantu untuk mempermudahkan urusan jemaah.

Ayuh! Ambil peluang untuk bertemu Rabb sang Pencipta di di tanah suci Makkah dan jadilah sebahagian daripada jemaah Umrah Tarbawi kali ini.

Pihak DMPM menyeru dan mengajak semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyertai umrah ini.  Bagi yang ingin turut serta, boleh menghubungi :

Saudari Sarah di talian 017-395 8867 ATAU
Hjh Norliza di talian 019-758 4801.

Al-Bukhari meriwayatkan, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : "Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya.  Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga".

Mudah-mudahan kita terpilih menjadi tetamu Allah dan diampunkan segala dosa sebelum pertemuan dengan Yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. – HARAKAHDAILY 16/2/2016

Share on Myspace