PAS perlu banyak dialog terbuka dengan bukan Islam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS perlu banyak mengadakan dialog secara terbuka untuk menjawab tohmahan dan fitnah kepada PAS terutama dengan orang bukan Islam.

"Maklumat yang tidak betul mengenai PAS dan dasar perjuangan PAS telah terpasak di fikiran mereka," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, pengalaman beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program dialog santai di Parlimen Bukit Gantang dengan orang bukan Islam, terbukti memang mereka mendapat maklumat yang salah.

Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, mereka menerima dengan dada yang terbuka apabila diberi penjelasan.

"Apabila diberi penjelasan, mereka menerima dengan dada yang terbuka. Islam adil untuk semua," ujarnya menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 17/2/2016

Share on Myspace