​Pelarian kanak-kanak terdedah jenayah, jual organ

HARAKAHDAILY | .

Pelarian Syria yang masih kanak-kanak terdedah menjadi mangsa penjualan organ dan kekerasan. Hal ini disampaikan Aiman Mazyek, Ketua Dewan Pusat Muslim Jerman, Rabu (17 Feb).

Mazyek berkata bahawa perubahan sistem suaka perlu dilakukan untuk melindungi pelarian kanak-kanak. Dia menuntut jawapan mengapa orang Eropah tidak membela kanak-kanak yang hilang.

"Kita harus mengandaikan bahawa banyak pelarian kanak-kanak jatuh ke dalam lingkaran jenayah. Mereka dipaksa menjadi pelacur atau organ mereka dijual," kata Mazyek dipetik World Bulletin.

Presiden Badan Perlindungan Anak Jerman, Heinz Hilgers berkata bahawa kanak-kanak Syria tanpa orang tua atau wali mudah menjadi sasaran geng-geng jenayah.

"Pelaku ini tidak selalu pedofil," ujar Hilgers. "Mereka mempunyai penyakit yang dihidapi orang di seluruh dunia: menempuh pelbagai cara demi mendapatkan wang."

Berita ini muncul setelah Europol mengumumkan, 10,000 kanak-kanak di bawah umur telah hilang sejak mereka memasuki Kesatuan Eropah. Hal ini telah dimanfaatkan oleh pelaku perdagangan manusia.

Badan Amal UK Save the Children menganggarkan sekurang-kurangnya 26,000 pelarian kanak-kanak tanpa orang tua masuk Eropah pada tahun 2015.

Lembaga itu mencatat beberapa kes penderaan seksual, kekerasan dan peras ugut yang melibatkan pelarian kanak-kanak.

Mereka menyeru Inggeris untuk memukimkan kembali 3,000 anak-anak secepat mungkin. [Islampos]

Share on Myspace