Tabung kebajikan: Pemuda Maran kutip RM5,000

BASIRON WAHAB | .

MARAN: Pemuda PAS Maran berjaya mengumpul dana RM5,000 bagi mengisi Tabung Kebajikan perlindungan Takaful Amilin kawasan.
 
Setiausaha Pemudanya, Mohd Syamsudri Hussin berkata, dana berkenaan akan digunakan untuk kebajikan guru Pasti, pembantu guru Pasti, petugas amal dan sukarelawan PAS.
 
Katanya, kutipan itu dibuat melalui penganjuran majlis makan malam amilin  yang menghimpunan kira-kira 300 orang ahli dan penyokong PAS.  
 
Antara yang hadir termasuk Yang Dipertua PAS Maran, Hasenan Harun, ketua pemuda Mujahid Mohd Nor serta pemimpin Persatuan Anak-anak Pahang di Perantuan selain ahli dan pemimpin PAS cawangan dan kawasan.   
 
“Melalui program sedemikian ia dapat  merapatkan ukhuwwah antara pimpinan dengan para amilin serta penyokong dan ahli PAS khususnya di kawasan parlimen Maran.
 
“Ukhuwah adalah antara syarat penting dalam pejuangan Islam tanpa ukhuwah yang kuat tidak mungkin ujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai sesama ahli,” katanya.
 
Menurut Shamsuri, kekuatan PAS pada masa lalu dan akan datang berpunca daripada persefahaman pemikiran dan keyakinan terhadap Islam sebagai penyelamat ummah. Dan dasar yang perjuangkan.
 
Katanya, cabaran dalam perjuangan kini semakin mencabar dan kompleks kerana wujudnya pemikiran berbeza dalam kalangan ahli jika tidak dibendung akan merosakkan parti.
 
Justeru itu, pelbagai program dianjurkan oleh parti untuk memupuk kesatuan fikrah dalam kalangan ahli.
 
“PAS bukan sahaja berhadapan dengan musuh luar tetapi juga musuh dalaman iaitu perbezaan fikraah dikalangan ahli bawahan, itulah sebabnya ukhuwah sesama ahli perlu dipermantapkan,” tambahnya.
 
“Saya bagi pihak pemuda mengucapkan terima kasih kepada para penderma dan petugas yang menjayakan program makan malam amilin itu,” ujarnya yang juga pengarah program berkenaan. – HARAKAHDAILY 19/2/2016

Share on Myspace