Penyelidik, kedutaan asing dapat maklumat sebenar PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Fakta penulisan ilmiah (tesis) yang baik ialah fakta dan data daripada orang pertama, bukannya daripada orang kedua.

"Buku asal lebih berautoriti daripada terjemahan," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, sama juga hendak mengetahui mengenai PAS, mesti daripada sumber PAS dan orangnya.

Menurutnya, penyelidik luar negara dan pejabat kedutaan asing sering datang ke pejabat PAS untuk mendapat maklumat sebenar mengenai PAS.

"Bukan daripada maklumat yang ditulis dengan penuh prejudis dan sangkaan buruk," ujarnya menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menyentuh mengenai musuh manusia iaitu kejahilan sendiri yang menyebabkan marah tidak bertempat, benci tidak bersebab.

Beliau berkata, semuanya kerana maklumat yang diperolehi tidak betul bukan daripada ahlinya.

Tambahnya, kebiasaan orang seperti begini dia tidak mahu bersemuka dan bertanya.

"Lebih selesa melayan nafsu amarahnya sahaja. Kepalanya penuh, tidak boleh menerima fakta dan data. Akhirnya dia hidup merana," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 19/2/2016

Share on Myspace