Drone Hamas jadi ancaman baru Israel

HARAKAHDAILY | .

SUMBER-sumber media Israel dikhabarkan telah mengungkap ancaman udara baru bagi tentera Israel yang kian bertambah.

Hal ini diungkapkan menyusul drone baru yang digunakan Hamas di Jalur Gaza baru-baru ini.

Laman Walla Israel melaporkan semalam, pesawat itu digunakan untuk menghimpun maklumat-maklumat dan memotret sasaran tentera Israel di sempadan Semenanjung Gaza melalui kameranya.

Laman web Israel ini juga menambah, Hamas kini menggunakan drone di kawasan latihan tentera Israel di selatan dan utara Jalur Gaza. Drone ini mengawasi dalam jarak dekat dengan pagar sekatan, di depan pasukan dan petani Israel.

Mengutip kesaksian pasukan Israel di sempadan Gaza, mereka menyaksikan helikopter kecil pada Selasa (16 Feb) di udara Gaza namun dengan cepat menghilang.

Israel kemudian melakukan siasatan terhadap benda yang dianggap helikopter tersebut.

Pada sisi lain, sumber-sumber tentera Israel menyatakan kemampuan pesawat Hamas ini diduga hanya merakam dan mengambil gambar sahaja. Atau hanya membantu menghimpun maklumat dan mengalihkan perhatian pasukan Israel dari titik sasaran penentangan Palestin. [Islampos]

Share on Myspace