Jangan sampai pendatang Bangla dapat kad pengenalan

SUFI NAZ | .

"JANGAN sampai satu masa, Bangladesh (pendatang Bangladesh yang bakal dibawa masuk) ini akan dapat kad pengenalan pula atas sebab politik.

"Demi meraih undi, lucut kerakyatan kemudian pun tidak mengapa," luah orang awam, Sobri Din ketika ditemui wartawan Harakah dalam satu tinjauan umum di sekitar Masjid Jamek, kelmarin.

Padanya, perkara ini adalah tidak mustahil untuk berlaku di masa hadapan meskipun dikatakan oleh pihak yang berkenaan, ia hanya untuk sementara waktu sahaja.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan para pekerja Bangladesh ini akan dipergunakan.

Sementara itu, seorang pemandu bas swasta yang enggan dikenali berpendapat bahawa Malaysia perlu lebih ramai tenaga kerja dalam menuju Wawasan 2020 yang hanya berbaki 4 tahun sahaja lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan bertindak lebih tegas dalam menangani isu sosial yang membabitkan warga asing terutama dari negara Bangladesh. - HARAKAHDAILY 20/2/2016

Laporan lanjut dalam akhbar Harakah.

Share on Myspace