Tak faham, sebar Presiden nak bawa PAS masuk Umno

FARHANI FUAD | .

BAYAN LEPAS: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan PAS tidak akan sekali-kali bergabung dengan Umno.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kerjasama antara PAS dan Umno dalam program Gelombang 'Akifi anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang di sini, semalam.

"Sejak tahun 2008 dihebohkan mengenai Unity Government, sedangkan apa yang dicadangkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi ialah semua parti politik duduk semeja berbincang hal urus kebajikan.

"Tetapi apa yang telah disebarkan oleh mereka yang tidak faham ialah Presiden hendak membawa PAS masuk Umno," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyatakan rasa kesal dengan segelintir sikap ahli PAS yang turut sama memanaskan isu itu tanpa mengkaji terlebih dahulu.

Beliau mengharapkan semua ahli  agar terus istiqamah dengan perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 20/2/2016

Share on Myspace