Arab Saudi, Turki akan terus bantu 'saudara Syria'

HARAKAHDAILY | .

Arab Saudi telah menghantar 26 trak bantuan kemanusiaan untuk pelarian Syria di Elbeyli Turki, semalam.

Ketua badan amal Saudi Khaled al-Salama berkata, mereka membawa 60,000 selimut dan 30,000 kot untuk diagihkan kepada pelarian.

Menurut Anadolu Agency, Kem Elbeyli menampung kira-kira 24,000 pelarian Syria.

Salama berkata, sejak bantuan pertama dihantar pada Ogos 2012, Saudi menghantar 450,000 selimut, 300,000 kot, satu juta jaket dan 150,000 item pakaian wanita.

Koordinator pelarian Elbeyli Ilhami Akgul, mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi atas bantuannya.

Salama juga berterima kasih kepada Turki untuk membantu pelarian Syria dan mengatakan kedua-dua negara akan terus membantu "saudara Syria" dengan projek-projek kemanusiaan.

Turki adalah rumah bagi penduduk pelarian terbesar di dunia dengan lebih daripada 2.5 juta orang Syria dan telah menghabiskan $9 bilion untuk merawat mereka. [Islampos]

Share on Myspace