Rosak jamaah: Malas, tak setuju keputusan mesyuarat

HARAKAHDAILY | .

Ustaz Idris santuni aktivis PAS Bukit Gantang, Saudara Jamal yang mengidap kanser di Masjid Taman Mewah selepas solat Jumaat.

KUALA LUMPUR: Manusia yang merosakkan jamaah ialah ada jawatan tetapi malas hadir mesyuarat tetapi keputusan mesyuarat dia tidak bersetuju, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, jika datang mesyuarat, datang hanya untuk ahli mesyuarat mendengar ideanya sahaja, selepas itu cabut keluar.

"Datang mesyuarat, tidak pernah membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Asr, ertinya datang lewat balik awal. Anda tentu temui," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, kata beliau di dalam hidup ini kita mesti ada disiplin yang mesti dipatuhi sama ada disukai atau tidak.

"Kita datang ziarah rumah orang mesti ada disiplin. Kita bekerja di mana sektor mesti ada disiplin," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Tambah beliau, begitu juga di dalam jamaah mesti ada disiplin.

"Inilah tahap pengorbanan yang paling tinggi ialah kita mesti disiplinkan diri kita walaupun ia bertentangan dengan hati kecil kita," jelasnya lagi.

Oleh kerana itu, ujarnya manusia yang tidak boleh mematuhi disiplin, di mana sahaja dia berada sama ada di tempat kerja atau dalam jamaah akan mendatangkan masalah. - HARAKAHDAILY 21/2/2016

Share on Myspace