PAS perlu wujudkan produk untuk dikenali rakyat

HARAKAHDAILY | .

KAWASAN-Kawasan PAS yang tidak bertanding pada pilihan raya umum digesa mewujudkan projek-projek untuk memperkukuhkan PAS di kawasan mereka.

Mereka adalah dinasihatkan agar melaksanakan projek-projek dakwah, tarbiyah, pendidikan atau ekonomi yang akan menjadi jenama PAS yang dikenali oleh rakyat.

Di antaranya seperti sekolah rendah Islam, koperasi, rumah orang tua, pusat kegiatan remaja, pusat dakwah atau pusat tarbiyah.

Ini adalah selari dengan PAS yang bukan sekadar sebuah parti politik tetapi sebuah gerakan Islam. Ia merangkumi juga gerakan tarbiyah, gerakan dakwah, gerakan kebajikan dan gerakan massa.

Saya telah mengumumkan perkara ini ketika merasmikan secara serentak mesyuarat agung Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Petaling Jaya Utara pada 21 Februari lepas. Majlis telah berlangsung di Dewan Serbaguna MBPJ SS3.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Azrie Mohanmad Arish telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara dan 2 kawasan Dewan Negeri dibawahnya ditandingi oleh DAP. Terdapat hanya 14 peratus pengundi Islam di kawasan tersebut.

Walaupun PAS tidak bertanding tetapi PAS Kawasan-Kawasan seperti Petaling Jaya Utara masih mempunyai tanggung jawab sebagai sebuah gerakan Islam untuk memperkukuh dan mengembangkan Islam. Di samping sebagai gerakan massa untuk memperjuangkan isu-isu rakyat.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Naib Presiden PASHARAKAHDAILY 22/2/2016

Share on Myspace