Lajnah dakwah DMPM sahut misi lahirkan muslimat ‘akifi

HARAKAHDAILY | .

DENGAN penuh iltizam Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia menyahut misi DMPM pada sesi kali ini dengan menganjurkan Wacana Aliran Pemikiran & Ideologi Semasa khususnya buat semua penggerak muslimat di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Kejayaan Wacana Siri 1 yang telah berlangsung pada 3 Oktober tahun lepas membuktikan bahawa seluruh muslimat sangat peka terhadap isu semasa yang kian meruncing sekarang iaitu serangan pemikiran oleh ideologi barat yang boleh merosakkan aqidah Islamiyah yang sebenar.

Melahirkan Muslimat ‘Akifi iaitu Muslimat yang ‘ALIM, HARAKI dan SUFI merupakan salah satu misi DMPM sesi kali ini. Justeru Lajnah Dakwah bertindak untuk memfokuskan agenda melahirkan muslimat yang berpengatahuan (‘Alim) supaya semua penggerak muslimat dapat menjadi ejen dakwah kepada masyarakat yang sangat dahagakan ilmu dan maklumat.

Pada zaman yang penuh mencabar ini, serangan pemikiran atau ghazwatul fikrah sangat mambarah di saat masing-masing dibuai dengan keseronokan dunia hiburan yang hanya sementara.

Justeru Lajnah Dakwah DMPM menyeru seluruh penggerak muslimat seluruh negara untuk sama-sama hadir pada hujung minggu ini iatu pada 27 Februari bersamaan Hari Sabtu di Dewan MPS Taman Gombak (berhampiran dengan Lebuhraya DUKE-arah Tol Batu) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara topik dan kertas kerja yang akan dibincangkan ialah; Kepelbagaian Aliran Pemikiran dalam Sosio Politik di Malaysia, Liberalisme dalam Islam Moderate, Kemunculan Islam Moderate dan Islam Progresif dalam Gerakan Islam dan Strategi Menangkis Kesalahfahaman dan Penyelewengan Terhadap Islam. – HARAKAHDAILY 23/2/2016

Share on Myspace