Pemuda PAS Perak ziarah, doa buat Ustaz Kazim

HARAKAHDAILY | .

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menyatakan penghargaan terhadap jasa dan bakti Datuk Mohd Kazim Elias dalam bidang dakwah serta peranan beliau membangunkan ummah.

Ketuanya, Akmal Kamarudin berkata demikian ketika kunjungan ziarah delegasi Dewan Pemuda PAS negeri bertemu Mohd Kazim di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

"Kita doakan semoga Ustaz Kazim cepat sembuh dan kembali berkhidmat kepada ummah," ujar beliau yang bersimpati di atas masalah kesihatan yang menimpa Kazim.

Beliau turut menyeru kepada semua ahli PAS dan seluruh umat Islam agar mendoakan kesihatan Ustaz Kazim.

Rombongan ziarah itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda negri, Hafez Sabri, setiausaha, Abd Qahar Syams, penolong setiausaha, Akmal Sani dan Ketua Pemuda Ipoh Timur, Abidi.

Pada akhir lawatan itu, Dewan Pemuda PAS Perak turut membacakan doa selamat buat Ustaz Kazim. - HARAKAHDAILY 23/2/2016

Share on Myspace