Waktu dia buat zalim, seolah-olah kuasa tiada ajal

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Memang tabiat manusia apabila tidak suka kepada seorang apa sahaja yang dilakukan semuanya tidak baik, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Sebaliknya, kata beliau apa yang dilakukan oleh orang yang kita suka semuanya baik.

"Memang sukar kita hendak berlaku adil kepada orang yang kita benci walaupun tindakan dan ideanya baik.

"Lebih baik kita diam, kalau pun kita tidak mahu memuji. Jangan zahirkan kebusukan hati kita kepada orang lain," ujarnya menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menyentuh perangai orang zalim.

Menurut beliau sememangnya orang zalim, hatinya keras daripada nampak kebenaran dan tidak berfikir panjang.

"Waktu dia buat zalim, seolah-olah kuasanya tidak ada ajal, tubuh badannya sentiasa segar. Semua perhitungan itu silap," ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, apabila kuasanya tidak ada, fizikalnya lemah, ketika itu serangan psikologi kepadanya akan muncul.

Justeru, ujar beliau ada dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit jiwa. - HARAKAHDAILY 24/2/2016

Share on Myspace