Penjelasan Mr Os kenapa berada di pentas PAS

HARAKAHDAILY | .

MARANG: "Saya memenuhi undangan. Kalau katakan dewan perniagaan cina tiap-tiap hari panggil saya, saya pergi," kata pelakon, pelawak dan pengacara, Mohd Yusof Abdul Hamid.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mr Os menyatakan demikian ketika ditemui pada program santai sempena Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Kampung Padang Mengkuang, malam tadi. Turut bersama ialah AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Ibrahim yang lebih dikenali Ustaz Mad Cina.

Berikut ialah penjelasan beliau.

Saya memenuhi undangan. Kalau katakan dewan perniagaan cina tiap-tiap hari panggil saya, saya pergi. Saya memenuhi undangan.

Saya bukan ahli politik. Saya macam NGO. Kenapa pulak orang pertikai saya berada di pentas PAS? Sedangkan Afdlin Shauki, Kumpulan Shiro, Abam bersama di pentas Selangor, tu kerajaan, kenapa tak viralkan, kata dia menyokong. Saya memenuhi permintaan. Kalau orang panggil kita, macam saya pemandu teksi siapa sahaja boleh jadi penumpang saya.

Selangor pulak bagi dia ikon seni. Bermakna kalau dia orang itu boleh berada di pentas itu, jadi orang lain pun tak ada masalah. Sama dengan tukang rumah. Orang PAS panggil buat rumah, orang roket panggil buat rumah, orang India panggil buat rumah. Tak kan tukang rumah tu kata, hoi tak boleh. Aku buat untuk orang Melayu je, orang India aku tak buat. Macam teksi tadilah, orang tahan siapapun boleh naik, supaya artis lain akan berani bersama di pentas itu.

Bila dia naik pentas PAS, orang cop dia orang PAS. Kenapa pulak kalau orang PAS tu naik pentas BN tak cop orang BN? Kenapa saya duduk sebelah menteri besar orang tak panggil saya timbalan menteri besar? Orang panggil Os juga. Oh, Os ada di pejabat menteri besar, Os kini orang kuat menteri besar, orang tak penggil pun.

Ini sama juga dengan Imam Shafei. Bila orang nak jatuhkan dia, orang kata dia pro syiah, hantar ke jel lah.

Sebab hari tu dia orang call saya, tiga wartawan. Betul ke Os masuk PAS? Dari mana kau dapat berita, dia kata dari PAS, kau pergilah telefon dia. Ada borang kau nampak, tak ada. Ada aku buat statement? Aku atas pentas bukan aku berpolitik. Aku suruh orang ambil ingatan benda yang baik supaya buat benda baik, mencegah daripada yang mungkar, itu sahaja. Saya bukan ustaz. Kalau Os kata ustaz, mana Os belajar jadi ustaz. Jadi benda inilah yang perlu dterangkan oleh Harakah supaya artis lain berani, supaya dia tak rasa kalau aku masuk sini. Tetapi bila saya dengan Ustaz Azhar Idrus di Terengganu baru-baru ini, orang tak kata pun.

Saya kalau cenderung kepada satu, saya tak boleh tarik orang roket dengar saya. Saya tak boleh tarik orang Umno nak dengar saya. Jadi kita memberi perkhidmatan. Orang PAS ini siapa saja boleh panggil saya untuk dapatkan khidmat saya.

Jadi saya berpesan kepada artis-artis lain supaya jangan takut. Bukan takut ke pentas mana. Tapi kau janganlah involve politik. Biarkanlah oang politik bercakap politik. kita bercakap tentang seni. Itu saja bezanya. - HARAKAHDAILY 25/2/2016

Share on Myspace