Tahniah, penjelasan menarik langsung dari Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada PAS Selangor dan Lajnah Perpaduan Nasional Selangor yang berjaya menganjurkan program sambutan Tahun Baru Cina di Klang, kelmarin.

Naib Presiden PAS itu berkata, melalui program itu hadirin mendapat penjelasan yang menarik secara langsung daripada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai Islam dan PAS pada program yang diadakan di Dewan Hokkien itu.

Menurutnya, musuh PAS cuba menjauhkan orang Cina dengan PAS dengan memberi gambaran yang buruk dan menakutkan.

"Kita yakin kebenaran Islam tidak boleh disekat walaupun dikepung daripada berbagai sudut," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sedangkan, kata beliau fitnah tidak tahan lama walaupun nampak gagah pada peringkat awal.

"Kita terus bekerja," tegasnya menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 25/2/2016

Share on Myspace