Exco Selangor tempelak profesor ‘serba tak tahu’

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menempelak seorang profesor  apabila mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai ‘blue print’ perumahan untuk membantu rakyat memiliki rumah.

Beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai 13 produk perumahan seperti rumah mampu milik Selangorku, Program Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (Tepat) dan Dana Selangor (Dana-Sel).

“Profesor ini baru bangun tidur agaknya, tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu Selangor bukan sahaja mempunyai 13 produk perumahan untuk rakyatnya, malah merupakan negeri terkehadapan membantu rakyat memiliki rumah sehingga idea-idea kita menjadi ikutan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain,” katanya dipetik Selangor Kini.

Iskandar yang enggan menamakan individu terbabit menyeru pihak terbabit membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang pendapat yang boleh memalu dan menjejaskan kredibiliti ahli akademik lain.

“Bila seorang ahli akademi mengeluarkan kenyataan semberono sahaja tanpa buat kajian, tentulah boleh memalukan ahli akademik lain walaupun kebanyakan mereka mengeluarkan yang lebih profesional tanpa dipengaruhi unsur luar melainkan kajian akademik mereka sendiri,” katanya.

Share on Myspace