Lebih 5,000 hadiri program Santai Bersama Ustaz Azhar

HARAKAHDAILY | .

MARANG: Lebih 5,000 hadirin membanjiri tapak Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Kampung Padang Mengkuang, petang ini bagi mengikuti program Sembang Santai Bersama Ustaz Azhar Idrus.

Program yang bermula kira-kira jam 5.20 petang itu diadakan selepas acara Wacana Hala Tuju Muslimat Muda bersama Farah Asyikin dan pimpinan Ameerah pada sesi sebelah petang.

Selain menjawab soalan, Ustaz Azhar turut mempelawa beberapa hadirin lelaki naik ke pentas untuk beramah mesra dan mengemukakan soalan.

Beliau yang ditemani Pengarah Harap 3.3, Ustaz Kamaruzaman Abdullah sebagai pengacara majlis menyampaikan hamper kepada mereka.

Suasana berlangsung dengan meriah yang disusuli gelak ketawa para hadirin apabila Ustaz Azhar menjawab soalan atau ketika mengemukakan pertanyaan kepada mereka yang menaiki pentas.

Program yang disertai semua lapisan masyarakat itu berakhir jam 6.45 petang. - HARAKAHDAILY 26/2/2016

Share on Myspace