Pergilah ke kuliah, pergilah masjid - Farah Asyikin

HARAKAHDAILY | .

MARANG: "Dekatkan diri kepada masjid, kalau nak suruh pergilah ke kuliah, pergilah masjid, susah," kata Farah Asyikin Zulkifli.

Artis berusia 37 tahun itu meyatakan demikian ketika ditemui selepas program Wacana Hala Tuju Muslimat Muda sempena Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Kampung Padang Mengkuang, petang semalam.

Bagi golongan lelaki, kata beliau sewajarnya mereka perlu sering ke masjid sama ada untuk menuntut ilmu atau menunaikan solat secara berjamaah.

"Masjid tu memang perlu, dan kita kalau bagi pihak lelaki, yang wajib, buat yang wajib, datang awal ke masjid akan mendapat ketenangan sebab kita tidak berkejar-kejar, mendengar khutbah dengan tenang," ujarnya.

Tambahnya, apabila kehidupan terasa hanyut daripada agama, maka sewajarnya bertaubat kepada Allah.

Ditanya mengenai penglibatan dengan aktiviti dakwah, beliau mengakuii banyak belajar daripada PAS.

"Insya Allah, selepas penghijrahan pada 12 bulan dua (Feb) 2012, empat tahun lepas, yang menarik ia telah menyediakan pentas untuk berdakwah.

"Atas izin Allah Taala juga di dalam PAS, serius-serius memang saya banyak belajar dan saya jumpa ramai insan tersebut melalui PAS, saya memang terhutang budi," ujarnya.

Beliau turut mengimbau pertemuan dengan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, memang saya menangis. Selepas itu saya jumpa Tuan Guru Haji Abdul Hadi walaupun tidak pernah bercakap berhadapan.

"Tapi kita nampak kita cuba dekatkan ustaz-ustaz, ustazah-ustazah saya suka, tadi walaupun sekejap duduk di atas pentas saya dapat banyak ilmu baru," katanya.

Beliau juga seronok terlibat dalam aktiviti yang berbentuk majlis ilmu.

"Semenjak saya di pentas bersama dengan orang hebat-hebat ini saya dapat banyak ilmu baru secara tidak langsung, saya suka. Memang saya suka dan memang tidak ada yang tidak best, bestlah," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 27/2/2016

Share on Myspace