Perkembangan: Dr Yusuf Qardawi telefon Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

MARANG: "Nabi kita menjanjikan Islam akan berjaya menawan Konstantinopel dan menawan Rom. Konstatinopel telah ditakluk oleh Islam," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, kata beliau akan tiba masanya Rom dan Itali akan diperintah oleh Islam.

"Itulah janji Nabi SAW. Namun Allah Taala mewajibkan umatnya berakhlak, beradab, beriman dan berbudi bahasa, beramal dengan amal soleh," ujarnya ketika melepaskan para peserta Langkah Harap sempena Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Kampung Padang Mengkuang, hari ini.

Menurutnya, semua kumpulan Islam adalah menjadi harapan seluruh umat dan manusia untuk menyelamatkan mereka.

"Dan sempena ini juga saya ingin menyampaikan salam daripada Sahibus Samahah Fadhilatus Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang menelefon saya petang Khamis," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu, Dr Yusuf al-Qardawi ingin mendengar perkembangan-perkembangan yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia.

"Kita kumpulan Islam adalah harapan kepada semua. Itulah yang menjadi tekad, kesungguhan yang perlu kita lakukan mudah-mudahan perhimpunan kita diberkati Allah," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 27/2/2016

Share on Myspace