Isu laporan kononnya PAS kini sokong Umno BN

HARAKAHDAILY | .

Isu laporan kenyataan Presiden PAS kononnya PAS kini menyokong Umno BN

Seperti amalan kebiasaan, Utusan Malaysia dan Malaysian Insider berkongsi aspirasi melaporkan berita secara sekerat-sekerat, sehingga memberikan maksud yang sangat salah kononnya Presiden PAS setuju untuk PAS memberikan sokongan kepada Umno BN.

Bacalah kenyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ustaz Nasrudin Hassan dalam kita memahami maksud ulasan Tuan Guru Presiden PAS.

Cukup sekadar kita menjadi orang yang waras untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ulasan beliau dengan merujuk kepada sumber utama.

Cukuplah kali ini kita merujuk kepada pemberitaan murahan dan picisan dari media yang hidup atas asas sensasi bukan kebenaran. Pemberitaan seperti ini hanyalah layak dibakulsampahkan.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
29 Feb 2016 - HARAKAHDAILY 29/2/2016

Share on Myspace