PAS berlawan kerana dasar, bukan individu

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Fokus Nabi SAW meruntuhkan sistem yang berada di dalam masyarakat Arab yang penuh dengan penindasan dan sudah hilang karamah insaniah.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini bukan bererti tidak ada individu yang baik di dalam masyarakat jahiliah yang pemurah, melayan tetamu.

"Tetapi Nabi tetap juga menolak sistem ini, kerana dasar inilah yang melahirkan manusia jahat dan zalim," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, jelasnya asas perjuangan PAS berlawan kerana dasar, bukan kerana individu.

Katanya, kalau kerana individu, watak yang diganti tetap sama, cuma pelakon sahaja yang berbeza.

Begitu juga, ujar beliau skrip dan pengarah tetap sama, panggung di tempat yang sama.

Selain itu, tambahnya majikan dan akaun bank tetap yang sama.

"Individu yang baik menjadi tidak baik jika acuannya tidak baik, semuanya kerana dasar. Islam dasar yang terbaik," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 1/3/2016

Share on Myspace