152,000 bayi pelarian Syria lahir di Turki

HARAKAHDAILY | .

LEBIH daripada 150,000 bayi Syria telah lahir di tempat pelarian Turki sejak konflik Syria bermula, kata Timbalan Perdana Menteri Turki Lutfi Elvan, semalam.

Elvan berkata bahawa Turki telah melakukan segala cara untuk membantu mangsa perang yang berlaku di Syria selama lebih daripada lima tahun.

"Jumlah bayi Syria lahir di Turki telah mencapai hampir 152,000," kata Elvan dalam ucapannya di dewan HAM PBB.

Ia mencatatkan bahawa negaranya juga menjadi tuan rumah lebih daripada 2.7 juta pelarian Syria.

Turki telah berulang kali mengecam masyarakat antarabangsa kerana kurangnya penyertaan menghadapi krisis pelarian Syria. Lebih dari separuh dari penduduk negara itu terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat pertempuran.

Elvan mendesak negara-negara dunia termasuk Barat untuk bertindak selaras dengan prinsip-prinsip pembahagian beban akibat daripada krisis kemanusiaan Syria, demikian lapor World Bulletin. [Islampos]

Share on Myspace