Farah Asyikin bantu Izam Medicine tulis lirik lagu

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Farah Asyikin Zulkifli masih meneruskan kreativiti seninya dan menulis lagu serta bersama para ‘seniman’ yang lain tetapi dengan kelompok yang berbeza.

Memetik laporan Buletin Online, beliau kini sering bertemu dengan ‘kelompok usrah’ artis-artis yang berhijrah dan membantu antara sama lain dengan kerja-kerja di medan dakwah.

Menurutnya, beliau turut membantu ‘Izam Medicine’ mencipta dan menulis lirik lagu yang sesuai dengan ‘kumpulan buskers’ dan dakwah jalanan Izam.

“Abang Izam (Medicine) ada minta saya menulis lirik untuk lagu untuk dia dan saya buat lagu-lagu yang berbentuk ‘pop’ untuk menarik golongan yang seperti saya dahulu.

“Mereka yang jauh dari agama jadi ia akan menarik mereka mendekati agama,”ujarnya ketika ditemui selepas menjadi panel dalam program Wacana Hala Tuju Muslimat Muda sempena Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Marang, kelmarin.

Sejak 'berhijrah' empat tahun yang lalu, beliau sering mendekatkan diri dengan masjid dan menyeru para remaja dan pemudi Islam agar berbuat demikian.

Farah Asyikin adalah seorang penyanyi Malaysia dan penulis lagu, yang menduduki tempat ketiga pada musim kedua ‘Malaysian Idol’ dan kelima pada musim pertama pertunjukan ‘One In A Million'.

Izam Medicine turut dijemput menjayakan program Harap 3.3 yang diadakan di Kampung Padang Mengkuang itu.

Share on Myspace