Ulamak PAS Selangor kesal cubaan bunuh Aidh Al-Qarni

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor kesal dengan cubaan bunuh terhadap pendakwah yang terkenal dengan buku 'La Tahzan' dari Arab Saudi, Sheikh Aidh Al-Qarni dalam misi ziarahnya di Filipina.

"Walau bagaimanapun alhamdulillah beliau selamat dengan sedikit kecederaan di tangan dan menerima rawatan di hospital di Manila.  

"Mudah-mudahan beliau dan semua pendakwah yang lain selamat dari tangan-tangan jahat," ujar ketuanya, Ustaz Rizuan Rahmat dalam satu kenyataan ringkas.

Dalam kejadian berkenaan, Sheikh Aidh Al-Qarni dan beberapa pengawalnya terkena tembakan selepas menyampaikan ceramah di Western Mindanao State University, semalam. - HARAKAHDAILY 2/3/2016

Share on Myspace