Tun M keluar Umno: Perang peribadi atau untuk rakyat?

HARAKAHDAILY | .

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penarikan diri daripada Umno pada 29 Februari lalu dengan alasan parti itu bukan lagi Umno tetapi parti yang hanya menyokong dan melindungi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi membicarakan lanjut kesan pengunduran veteran Umno ini kepada parti tersebut, Pemangku Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid.

HARAKAH: Apakah tindakan Tun Dr Mahathir ini memberi kesan kepada Umno? Apakah ini perang peribadi atau perjuangan untuk negara?

MOHD AZMI ABDUL HAMID: Umno untuk ketika ini sangat terkesan dengan keputusan Mahathir. Bukan semata-mata kerana Mahathir lawan Najib tetapi kerana Umno dilihat berhadapan dengan kepimpinan yang jelas sarat dengan kepentingan peribadi yang mendalam.

Sememangnya masalah kepimpinan sangat rapuh dalam Umno kerana ia berorientasi mencari kesempatan untuk diri masing-masing. Kedua-dua Mahathir dan Najib punya rekod kepentingan peribadi yang mengenepikan kepentingan rakyat dan negara. Soalnya sekarang siapa yang rakyat lebih percaya.

Pelbagai isu yang terbeban ke atas rakyat akibat keputusan yang dibuat oleh Najib dilihat berkait dengan kepentingan peribadinya. Akan tetapi hal ini juga pernah dilihat berlaku ketika Mahathir berkuasa.

Jadi yang harus rakyat lihat ialah bagaimana krisis ini akan memberi keuntungan kepada negara dalam konteks bukan hanya menukar seorang PM, sedangkan penukaran PM itu masih berada dalam kerangka sistem kuasa yang sama.

Mohd Azmi juga mengulas adakah isu ini akan melupakan rakyat dengan segala 'kebejatan' yang dilakukan parti itu ke atas negara dan rakyat, sekiranya Najib digantikan dengan pemimpin lain, apakah ia baik bagi negara?

Beliau turut memberi pandangan adakah usaha-usaha yang dibuat kumpulan anti-Najib termasuk himpunan 27 Mac nanti boleh menjatuhkan karier politik Najib.

IKUTI WAWANCARA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT BIL 2127 DI PASARAN.

Share on Myspace