PAS kecam serangan terhadap Syeikh Aidh Al-Qarni

HARAKAHDAILY | .

PAS mengutuk serangan bersenjata terhadap ulama terkemuka dari Arab Saudi, Syeikh 'Aidh Al-Qarni yang terkenal dengan buku La Tahzan.

Syeikh 'Aidh Al-Qarni diserang beberapa individu selepas memberi syarahan di Western Mindanao State University namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Manila.

PAS mendoakan kesihatan yang baik kepada beliau. Semoga dapat meneruskan tugas dakwahnya. PAS juga mengharapkan agar pihak keselamatan Filipina segera menyiasat motif dan kumpulan yang bertanggungjawab di sebalik serangan yang berlaku.

Ia sesuatu yang membimbangkan mengenai keselamatan para pendakwah yang menjalankan tugas mereka.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 2/3/2016

Share on Myspace