Itulah tuduhan kepada PAS sejak 65 tahun lalu

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Islam sebagai dasar perjuangan PAS dengan rujukannya ialah Al-Quran, hadis dan ijmak dan qias.

Justeru, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad sebarang keputusan yang dibuat tidak boleh terkeluar daripada landasan ini.

Jelas beliau, perhitungan yang diambil dosa atau pahala.

Bagaimanapun, ujarnya kadang-kadang orang ramai menganggap rugi dengan tindakan PAS.

"Itulah tuduhan kepada PAS sejak 65 tahun yang lalu. Tetapi PAS tetap melangkah gagah," ujarnya menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, PAS tidak ada kuasa untuk memaksa orang lain. - HARAKAHDAILY 2/3/2016

Share on Myspace