Turki bantu bina Masjid Namazgah di Albania

HARAKAHDAILY | .

MASJID Namazgah di ibukota Albania, Tirana yang dibina oleh bantuan Turki akan menjadi salah satu masjid terbesar di Balkan.

Hal ini disampaikan oleh Huseyin Senturk, seorang jurutera yang terlibat dalam pembangunan masjid.

"Orang-orang datang dan memberitahu kami betapa bahagianya mereka melihat pembangunan masjid ini," kata Senturk dilaporkan Anadolu Agency, semalam.

Senturk berkata pembangunan itu berjalan mengikut jadual.

"Mereka hari ini cuba untuk menyelesaikan bahagian bawah tanah yang meliputi letak kereta, bilik persidangan dan pejabat," katanya.

Turkiye Diyanet Foundation berada di belakang projek ini.

Masjid Namazgah akan mempunyai kapasiti beribu-ribu orang kerana mempunyai luas lebih daripada 10,000 meter persegi.

Masjid ini juga akan mempunyai sebuah perpustakaan dan ruang pameran.

Upacara peletakan batu pertama pembangunan masjid ini dihadiri oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan tahun lalu. [Islampos]

Share on Myspace