SPM 2015: 45 pelajar Yik dapat semua A

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan SPM 2015 apabila seramai 45 pelajar memperolehi semua A dalam mata pelajaran diambil.

Pelajar terbabit empat dari Maahad Muhammadi Perempuan mendapat 11A (9A+) iaitu Aeisyah Humai’ra Mohd Zaidi, Liyana Izzati Hanazi, Noor Fatihah Ab Rahman dan Uswan Hasanah Md Shukri.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Muhammad Awang berkata Maahad Amir Indera Putera muncul sekolah cemerlang Yik apabila dua pelajar memperolehi 12A.

“Ia diikuti Maahad Muhammadi Pasir Mas apabila seorang pelajar memperolehi 12A,” katanya pada majlis pengumuman keputusan itu di Nilam Puri hari ini.

Pelajar lain yang mendapat 12A iaitu Siti Asmat Abdul Aziz dari Maahad Amir Indera Putera dan Nur Dalili Damia (Maahad Muhammadi Pasir Mas).

Sementara itu sembilan sekolah mencapai kelulusan 100 peratus iaitu Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Pulai Chondong.

Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Syamsul Maarif Perempuan, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, SMU (A) Sullamiah Bunut Payong dan SMU (A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung. - HARAKAHDAILY 3/3/2016

Share on Myspace