Saya baik saja, segala puji milik Allah - Aidh al-Qarni

HARAKAHDAILY | .

Ulama dan penulis buku international best seller Laa Tahzan, Syeikh Aidh al-Qarni, dilaporkan ditembak selepas mengisi ceramah di bandar Zamboanga, Filipina, Selasa (1 Mac).

Syeikh diketahui datang ke Filipina dalam agenda dakwah atas undangan salah satu yayasan Islam di Filipina.

Setelah mengalami penembakan, Syeikh dibawa ke hospital terdekat yang kemudian dibawa dengan pesawat menuju bandar Manila untuk rawatan lebih lanjut.

Akibat tembakan tersebut, beliau mengalami beberapa luka serius. Namun, Syeikh al-Qarni menjelaskan kini keadaannya baik-baik saja.

"Saya sampaikan khabar gembira buat kalian semua, bahawa saya dalam keadaan baik-baik saja, dan segala puji hanya milik Allah," ujar Syeikh Aidh al-Qarni dalam akaun rasminya di twitter, Rabu.

Masih dalam akaun rasminya, Syeikh berkata dia telah menjalani pembedahan. Pihak perubatan telah berjaya mengeluarkan dua butir peluru dari tubuhnya.

"Saya ditembak sebanyak 6 kali dari jarak satu meter, dan Allah telah menyelamatkan aku, Allah berfirman: Katakanlah: sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan Allah kepada kami," katanya melalui akaun twitternya pada Jumaat pagi (4 Mac).

Dilaporkan, dalam insiden itu, pelaku penembakan berjaya ditembak mati. Sedangkan sejumlah pelaku lain berjaya ditahan. [Islampos]

Share on Myspace