Ustaz Rosli: Pantang dengar anak buah uzur

BASIRON WAHAB dan MUHAMMAD ARIF | .

PESURUHJAYA PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar, memacu PAS Pahang dengan caranya tersendiri, tegas dan istiqamah dengan perjuangan Islam.

Beliau yang dilahirkan pada 13 April 1966 di Pekan merupakan wakil rakyat bagi Dun Tanjung Lumpur dan pengerusi sekolah pondok, Maahad Tahfiz Darul Fikri.

Kebajikan dan dakwah Islam diibaratkan bagai isi dengan kuku yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Justeru, bagi Ustaz Rosli, sebagai wakil rakyat, kebajikan perlu dijaga bagi menjamin kelangsungan dakwah Islam.

Maka tidak hairanlah, bapa kepada 12 orang cahaya mata itu memberikan khidmat yang terbaik kepada ‘anak buah’ yang memerlukan bantuan dan perhatian, walaupun aliran politik bertentangan dengan kerajaan negeri.

Beliau cukup 'pantang' apabila mendengar ada rakyat dalam Dun Tanjung Lumpur mengalami keuzuran dan ditimpa kesusahan. Malah kelahiran bayi baru sekalipun turut mendapat perhatiannya.

Dalam sebulan sahaja, pihak pengurusan Pejabat Khidmat Masyarakat Dun membelanjakan kira-kira RM60,000 bagi membantu rakyat termasuk daripada bukan Islam, India dan Cina yang memerlukan bantuannya.

CERITA LANJUT DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2128 EDISI ISNIN DI PASARAN

Share on Myspace