Tun M keluar parti, PAS makin dekat ganti Umno

NYZA AYOB | .

AHLI-ahli PAS dinasihatkan jangan terpedaya dengan tindakan licik Tun Dr Mahathir keluar daripada Umno. Tindakannya itu satu petunjuk jelas Umno sedang parah.

Justeru, masa untuk PAS menggantikan Umno semakin dekat memandangkan hanya PAS sebuah parti yang meletakkan kepentingan Islam dan kepentingan rakyat sebagai teras utama.

Budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa PAS juga menunjukkan kesungguhan dan keseriusan PAS dalam menawarkan kepada rakyat sebuah kepimpinan yang wajar menggantikan Umno dalam meneraju negara.

Berikut pandangan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam mengenai perkara itu.

HARAKAH: Apakah tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno menggambarkan Umno berhadapan dengan kepimpinan yang jelas sarat dengan kepentingan peribadi?

DR ROSNI ADAM: Tindakan Mahathir itu membuktikan Umno sebenarnya sedang parah. Prinsip Mahathir adalah bersandarkan individu. Dahulu dia keluar sebab tidak bersetuju dengan Tun Abdullah. Kemudian dia masuk Umno balik. Jadi sekarang dia tidak bersetuju dengan Datuk Seri Najib. Tindakannya itu sebenarnya tidak bersandarkan prinsip perjuangan, hanya bersandarkan peribadi semata-mata. Sebab itu kita tekankan di dalam PAS, kita berpegang dengan prinsip perjuangan. Jika tidak suka seseorang pemimpin, sepatutnya guna saluran demokrasi untuk mengubahnya.

Mungkinkah tindakannya itu untuk menutup segala kesalahan yang dilakukannya terhadap negara dan rakyat?

Ahli-ahli PAS jangan terpedaya dengan tindakan licik Mahathir ini. Jangan kita padamkan semua kesalahan-kesalahan yang telah dibuatnya. Kalau kita hendak terima dia pun, kita mesti minta dia bertaubat dahulu. Macam-macam yang telah dia lakukan kepada rakyat. Yang paling tidak boleh dilupakan ialah peristiwa Memali.

Beliau turut memberi respons berhubung perjuangan Umno yang amat berbeza dengan PAS, langkah yang digunakan PAS dalam memberi kesedaran kepada masyarakat yang masih menaruh harapan kepada Umno, bagaimana usaha PAS dalam mendekati kumpulan-kumpulan yang tidak memihak kepada Umno tetapi pada masa yang sama masih tidak dapat menerima PAS.

WAWANCARA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2128 EDISI ISNIN DI PASARAN.

Share on Myspace